Sejarah

Tragedi penyakit bawaan babi ini sebenarnya sudah berlaku sejak 91 tahun lebih yang lampau. Di sini saya ingin berkongsi mengenai sejarah penyakit bawaan babi ini.

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 50 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 100 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam badan babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
posted by smkbbb @   0 comments
Maklumat Sekolah
Harap Maaf!Website ini Dalam Pembikinan!Harap Maklum! Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bndr_Baru_Bangi.
Website ini telah ditubuhkan pada 05/11/2007. Tujuan website ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat yg tepat dan cepat kepada warga-warga SMKBBBangi. Semoga website ini dpt dapat memberi faedah kepada warga-warga SMKBBBangi.
Tautan Ukhawwah

Status Online
IP

User Online :Image hosting by Photobucket user's


Since November 05, 2007
Counters